Koordinat: 5°50′16″N 101°54′10″E / 5.837647°N 101.902914°E Bukit Bunga merupakan sebuah pekan terkenal dengan hab membeli-belah yang terletak dibawah pentadbiran dan penguasaan pihak berkuasa jajahan Tanah Merah, ada juga penduduk menanggap pekan ini adalah dalam jajahan Jeli kerana pekan ini dibawah Parlimen Jeli. Bukit Bunga turut menjadi tumpuan para pelancong sama ada luar mahupun dalam negeri kerana disini banyak barangan dari Negara Thai dibawa masuk dan diniagakan disini dengan harga yang berpatutan Kelantan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Merentasi sempadan ialah Ban Buketa yang terletak di Amphoe Waeng, Wilayah Narathiwat.[1]