Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (Julai 2024) |
Bukit Malawati[1] merupakan sebuah bukit berkubu yang terletak di Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Bukit Malawati adalah di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan merupakan tarikan pelancong tempatan yang popular. Kedudukan bukit berkubu ini mempunyai kepentingan strategik bersejarah kerana ia terletak di muara Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka, dengan sudut pandang yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia. Beberapa peninggalan bersejarah di Bukit Malawati adalah termasuk sebuah rumah api lama serta tinggalan Kota Malawati. Bukit Malawati juga telah dijadikan tempat bersemayam untuk tiga Sultan Selangor yang terawal. Bukit Malawati juga pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Abdul Samad sebelum baginda dipindahkan ke Bukit Jugra di Kuala Langat.