Sebahagian daripada siri tentang
|
---|
Yesus Kristus |
Yesus Kristus · Kelahiran · Penyaliban · Wafat · Kebangkitan |
Asas |
Gereja · Kerajaan · Pegangan · Perjanjian Baru |
Alkitab |
Wasiat Lama · Wasiat Baru · Injil · Kanun · Kitab · Apokrifa |
Teologi |
Tuhan (Bapa · Anak · Roh Kudus) · Apologetik · Katolikisme · Kristologi · Misi · Pembaptisan · Sejarah teologi · Penyelamatan · Tritunggal |
Sejarah dan tradisi |
Pengikut · Bunda Maria · Santo Petrus · Paulus si Hawari · Bapa Gereja · Awal · Konstantinus Agung · Persidangan · Thomas Aquinas · Perpecahan Timur-Barat · Perang Salib · Reformasi Protestan |
Tajuk umum |
Agama lain · Kesarwabangsaan · Kesenian · Khutbah · Kritikan · Liturgi · Muzik · Simbolik · Sembahyang · Tahun gereja |
Denominasi dan gerakan |
Adventisme · Anabaptis · Anglikan · Baptis · Calvinisme · Evangelikalisme · Kesucian · Katolik Bebas · Luteran · Metodis · Katolik Lama · Roman Katolik · Protestan · Pentekosta
|
Portal Kristian |
Maria (Aramia-Yahudi: מרים Maryām "pahit"; bahasa Yunani Septuaginta: Μαριαμ Mariam, Μαρια Maria; مريم : Maryam) ialah ibu Yesus (Isa) menurut Quran[1] dan Perjanjian Baru, dan tunangan yang kemudian menjadi isteri Santo Yusuf menurut Kristian.[2]
Menurut sumber-sumber non-kanonik, orangtuanya bernama Yoakhim dan Anna (Hana). Sebuah nota dalam Talmud mengatakan bahawa nama ayahnya ialah Heli atau Eli, yang disebutkan dalam salasilah menurut Lukas.[3] Maria, yang semasa itu seorang perawan, mengetahui dari Malaikat Gabriel, utusan Tuhan, bahawa ia akan mengandung Yesus, anak Tuhan yang hidup, melalui mukjizat dari Roh Kudus.
Kerana Lukas 1 1:48 ("mula dari sekarang segala keturunan akan menyebut aku berbahagia"), Maria banyak diagungkan di kalangan orang Kristian, khususnya di dalam lingkungan demonisasi/mazhab Kristian yang besar seperti Gereja Katolik Rom dan Gereja Ortodoks. Bidang teologi Kristian yang berhubungan dengannya disebut Mariologi. Pesta kelahiran Maria juga dirayakan di kalangan Gereja Ortodoks, Katolik Rom,mahupun Anglikan pada 8 September. Gereja Ortodoks dan Katolik Rom juga mempunyai banyak hari perayaan lainnya untuk menghormati Maria.