Pūtātara, alat buri orang Māori dalam pameran di Te Papa, New Zealand
Buri (Jawi: بوريcode: ms is deprecated )[1] ialah alat tiup diperbuat daripada cangkeranggastropoda beberapa jenis siput laut berbeza yang digunakan banyak masyarakat negara Pasifik, Amerika Selatan dan Asia Selatan.[2] Cangkerang ini boleh didatangkan dari pelbagai spesies siput laut terutamanya yang jenis triton, cassis dan strombus di mana lubang tiup ditebuk pada hujung atau sisi pangkal cangkerang; suatu bahagian mulut diperbuat daripada kayu atau buluh juga boleh ditambahkan terpasang pada hujung cangkerang.[3][4]
Perkataan buri merupakan turunan akar bahasa Melayu-Polinesia *tabuRi atau *tambuRiq[5][6] menunjukkan kelaziman alat ini pada zaman leluhur Austronesia purba untuk menandakan ketibaan dalam pelayaran kapal,[7]:476-477 walau bagaimanapun penggunaan alat ini banyak berkurangan dengan masuknya pengaruh India atau Barat memasuki kepulauan Asia Tenggara berabad-abad kemudian.[5]
^Wilkinson, Richard James (1901). "بوري buri". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 128. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.