Camila Cabello

Camila Cabello
Cabello di MTV VMA 2018
Kelahiran
Karla Camila Cabello Estrabao

(1997-03-03) 3 Mac 1997 (umur 28)
KerakyatanCuba (1997–2008)
Amerika (2008–kini)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pelakon
Tahun aktif2012–kini
Kampung asalMiami, Florida, A.S.
Rakan kongsi domestikShawn Mendes (2019–kini)
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Vokal
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman web rasmicamilacabello.com
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Karla Camila Cabello Estrabao (sebutan bahasa Sepanyol: [kaˈmila kaˈbeʎo]; lahir 3 Mac 1997)[3][4] ialah seorang penyanyi dan penulis lagu berketurunan Cuba-Amerika. Beliau mula dikenali sebagai salah seorang ahli kumpulan muzik Fifth Harmony, yang telah dibentuk semasa musim kedua rancangan The X Factor pada tahun 2012, yang kemudiannya menandatangani dengan syarikat rakaman Syco Music dan Epic Records untuk pelancaran muzik mereka.

Cabello memulakan kerjaya solo dengan pelancaran beberapa kolaborasi, termasuklah melalui lagu "Bad Things" bersama dengan Machine Gun Kelly, di mana lagu tersebut berjaya memperoleh kedudukan keempat di dalam Billboard Hot 100 Amerika Syarikat (A.S). Selepas meninggalkan kumpulan Fifth Harmony pada Disember 2016, beliau melancarkan single solo berjudul "Crying in the Club". Menumpukan semula suaranya kepada muzik bergaya Latin, album studio penampilan sulung eponim Cabello, Camila (2018) berada di tempat pertama dalam Billboard 200,[5] disokong oleh single utama "Havana", yang juga memperoleh kedudukan teratas di beberapa negara seperti United Kingdom dan A.S.

Camila digosipkan bercinta dengan penyanyi dan penulis lagu Kanada, Shawn Mendes. Ini kerana keserasian mereka dalam lagu baru mereka bertajuk "Señorita" sangat dilihat luar biasa. Gandingan mereka dalam muzik video lagu tersebut sangat hebat dan erotik, menyebabkan mereka dipercayai menjalinkan hubungan cinta.

Lagu Señorita nyanyian Camila dan Shawn juga dicalonkan sebagai The best collaboration dalam VMA MTV Award 2019. Camila juga dipercayai sangat mesra kepada peminatnya, dan merupakan antara artis wanita tercantik dalam Hollywood. Lagu ini juga telah mendapat dua anugerah dalam VMA MTV 26 Ogos 2019, iaitu Kolaborasi Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

  1. ^ "21 geeky facts about Camila Cabello". Nme.com. March 6, 2018. Dicapai pada December 6, 2019.
  2. ^ McClain, James (2019-05-13). "Camila Cabello Spends Millions on Sunset Strip House". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-16.
  3. ^ Cabello, Camila [@camilacabello97] (3 Mac 2015). "I AM 18" (Twit) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2016. Dicapai pada 10 Julai 2016 – melalui Twitter.
  4. ^ "Camila Cabello" (dalam bahasa Inggeris). Infoplease. Dicapai pada 19 Februari 2017.
  5. ^ Caulfield, Keith (21 Januari 2018). "Camila Cabello Debuts at No. 1 on Billboard 200 Albums Chart". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne