Carcass | |
---|---|
![]() Barisan Carcass 2013 barisan, mengikut arah jam dari kiri: Bill Steer, Ben Ash, Daniel Wilding dan Jeff Walker. | |
Latar belakang | |
Berasal dari | Liverpool, England |
Genre | Grindcore, goregrind (awal), death metal, melodic death metal (kemudian) |
Tahun aktif | 1985–1995, 2007–sekarang |
Syarikat rakaman | Earache, Nuclear Blast, Columbia/Sony, Combat, Relativity |
Pengkarya berkait | Arch Enemy, Blackstar, Napalm Death, Electro Hippies, |
Ahli | Bill Steer Jeff Walker Daniel Wilding Ben Ash |
Bekas ahli | Michael Amott Sanjiv Mike Hickey Carlo Regadas Ken Owen Daniel Erlandsson |
Carcass (harafian bahasa Melayu "Bangkai") adalah sebuah kugiran metal ekstrem dari Liverpool, yang dibentukkan pada 1985 dan dibubarkan pada tahun 1995. Penubuhan semula telah digubal pada tahun 2007 tanpa salah satu daripada ahli-ahli yang asal, pemain dram Ken Owen, atas sebab-sebab kesihatan tertentu.[1]
Carcass dianggap sebagai perintis genre grindcore.[2] Karya awal mereka juga ditandakan sebagai death metal berhamburan,[3] hardgore,[4] dan goregrind;[5] disebabkan lirik dan kulit album mereka yang mengerikan. Mereka juga menjadi salah satu daripada perintis melodic death metal dengan album 1993 mereka Heartwork.[2]