![]() | |
Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Perfileman |
Ditubuhkan | 1951 |
Dibubarkan | 1973 |
Nasib | Ditutup |
Ibu pejabat | East Coast Road, Singapura |
Kawasan perkhidmatan |
|
Tokoh penting | Ho Ah Loke Loke Wan Tho |
Perkhidmatan |
|
Syarikat induk | Cathay Organisation |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Cathay-Keris Film Productions Pte. Ltd. (juga dikenali sebagai Cathay-Keris Films, Cathay-Keris Studio dan Cathay-Keris Film Studios) merupakan sebuah syarikat penerbitan filem Melayu Singapura, yang terletak di East Coast Road. Ditubuhkan pada 1951 oleh Ho Ah Loke dan Loke Wan Tho yang bertindak sebagai perancang utama bagi penubuhannya, studio ini telah menerbitkan lebih 120 filem dan merupakan salah satu daripada dua penerbit filem utama (yang satu lagi ialah Malay Film Productions) semasa kemuncak pembikinan filem di Singapura pada 1950-an dan 1960-an.
Studio ini menerbitkan banyak filem Melayu hitam-putih dan kemudiannya juga mempunyai penerbitan bersama dengan pembuat filem Perancis dan Hong Kong.[1][2] Pada tahun 1960, Cathay-Keris menerbitkan filem berbahasa Cina pertama Singapura, Lion City.[3] Ekoran kos yang tinggi dan pulangan yang rendah, studio ini menutup operasinya pada 1973.[4]