Jenis/bentuk sah | Perniagaan |
---|---|
Industri | Perkhidmatan Telekomunikasi mudah alih |
Ditubuhkan | 5 Januari 1988 |
Pengasas | Tun Dr. Abdul Daim Zainuddin |
Dibubarkan | 30 November 2022 | (syarikat)
Nasib | Digabungkan dengan CelcomDigi |
Pengganti | CelcomDigi |
Ibu pejabat | Menara Celcom Axiata 82 Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 53100, Kuala Lumpur, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | 01112758890 |
Tokoh penting | Idham Nawawi, CEO |
Perkhidmatan | Rangkaian mudah alih satelit 2G, 3G, 4G |
Pemilik | Khazanah Nasional |
Syarikat induk | Axiata Group Berhad |
Tapak web | www.celcom.com.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Celcom Axiata Berhad atau Celcom (dahulunya dikenali sebagai Celcom Malaysia Berhad) ialah syarikat Telekomunikasi mudah alih yang tertua di Malaysia dan juga sebuah ahli kumpulan syarikat Axiata (dahulunya TM International). Sebagai salah sebuah daripada bilangan syarikat yang amat sedikit di Malaysia yang mula-mula sekali memperoleh lesen perkhidmatan Telefon Bimbit, Celcom berjaya memperkenalkan perkhidmatan Telefon mudah alih di Malaysia melalui perkhidmatan ART-900 yang menggunakan Teknologi NMT-900 generasi pertama.