Nama dahulu | Digi.Com Berhad |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Awam |
Didagangkan sebagai | MYX: 6947 |
Industri | Telekomunikasi |
Ditubuhkan | 30 November 2022 |
Pengasas | Tun Dr. Abdul
Daim Zainuddin Tan Sri Vincent Tan |
Ibu pejabat |
|
Tokoh penting |
|
Keluaran | Suit protokol Internet |
Jenama |
|
Pemilik | Khazanah Nasional |
Bilangan kakitangan | 5,473 (2023) |
Syarikat induk | |
Anak syarikat | Senarai
|
Nisbah modal | Celcom |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
CelcomDigi Berhad (d.b.a. CelcomDigi) dahulunya dikenali sebagai Digi.Com Berhad (d.b.a. Digi) merupakan penyedia perkhidmatan konglomerat telekomunikasi dan telefon bimbit di Malaysia. Axiata dan Telenor memegang pemilikan yang sama dalam CelcomDigi pada 33.1% setiap satu. Pada 28 Mac 1997 "Digi" menjadi syarikat Telekomunikasi pertama di Malaysia untuk melancar dan mengendalikan rangkaian selular yang digital sepenuhnya.
Kod telefon yang digunakan ialah seperti "NHDTB-572, 016, 014-32, 014-35, 014-30, MARD-090, 014-31 dan 014-6,010-95, 011-31".
Pada 21 Jun 2021, Axiata, Telenor dan Digi bersetuju dengan potensi penggabungan Celcom dan Digi untuk mewujudkan syarikat telekomunikasi yang lebih kukuh di Malaysia, selepas perbincangan lanjutan yang berlangsung dua bulan sebelumnya. Jika diluluskan, penggabungan akan selesai pada penghujung 2022.[1][2][3] Perjanjian itu telah diluluskan oleh kedua-dua pemegang saham Celcom dan Digi pada 18 November 2022. Syarikat yang digabungkan itu dinamakan CelcomDigi. Apabila selesai, Axiata dan Telenor akan memegang pemilikan sama sebanyak 33.1% setiap satu dalam syarikat yang baru digabungkan itu. Penggabungan telah selesai pada 30 November 2022 dan syarikat itu memulakan operasinya pada hari berikutnya.[4][5][6][7][8][9] Digi.Com Berhad kemudiannya dinamakan semula kepada CelcomDigi Berhad pada 27 Februari 2023.
Antara pengarah perhubungan awam Magnum dan Digi.Com ialah Tan Sri Nallakaruppan Solaimalai, tokoh yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim dan kini menjadi musuh politiknya.[10]