Celine Dion | |
---|---|
![]() Dion pada tahun 2008 | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Céline Marie Claudette Dion |
Kelahiran | Charlemagne, Quebec, Kanada | 30 Mac 1968
Kediaman | Henderson, Nevada, USA |
Genre | Pop, rock |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu |
Tahun aktif | 1981 - kini |
Syarikat rakaman | Epic, Columbia (1986-kini) BMG (1989-2004) Sony BMG (2004-2008), Sony Music (2008-kini) |
Laman sesawang | www.celinedion.com |
Céline Marie Claudette Dion (lahir 30 Mac 1968) merupakan seorang penyanyi Kanada, berasal dari Quebec. Muzik beliau banyak dipengaruhi genre berbeza terutamanya dari rock dan R&B sehingga ke muzik gospel dan muzik klasik Eropah; lagu-lagu beliau sering dalam bahasa Perancis dan bahasa Inggeris, namun beliau turut menyanyi dalam bahasa-bahasa Sepanyol, Itali, Jerman, Latin, Jepun dan Mandarin.
Beliau dilihat sebagai salah satu artis berpengaruh dalam genre muzik pop sepanjang zaman. Beliau telah memenangi lima buah Anugerah Grammy; majalah Billboard turut memberi pengiktirafan kepada beliau kerana kekerapam beliau dalam carta pertama format radio kontemporari dewasa (Adult Contemporary).[1] Beliau merupakan artis nyanyian Kanada yang paling laris dengan jualan rakaman sebanyak 200 juta salinan dicatat seluruh dunia.[2][3]