Cha Kway Teow چا کوي تياو | |
---|---|
![]() | |
Nama alternatif | Kuetiau goreng |
Jenis | Shahe fen |
Tempat asal | Malaysia[1] |
Kawasan/rantau | Asia tenggara[2][3] |
Masakan berkaitan | Malaysia |
Dicipta oleh | Cina Malaysia dan Melayu |
Bahan utama | Mi Kuetiau, kicap pekat dan cair, cili, belacan, udang, isi kerang, tauge, kucai cina, |
Keragaman/variasi | Char Kuetiau Melayu , Chu Kway Teow |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Char kway teow | |||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 炒粿條 | ||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 炒粿条 | ||||||||||||||||||
Maksud harfiah | kuetiau goreng | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
nama lain dalam Kantonis- | |||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 炒貴刁 | ||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 炒贵刁 | ||||||||||||||||||
Maksud harfiah | perkataan Kantonisnya berasal dari lisan Hokkien | ||||||||||||||||||
|
Cha Kway Teow (bahasa Inggeris Char Kway Teow) atau Kuetiau goreng (bahasa Melayu) merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa.
Cha kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien.
Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kway teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.
Kini Char Kway Teow menjadi makanan halal jika tiada penggunaan babi dan alkohol kerana sudah adaptasi bersama bangsa lain iaitu bangsa Melayu , orang Melayu di Malaysia menyebut Kuetiau goreng .