Charlie Sheen | |
---|---|
![]() Sheen pada 2012 | |
Kelahiran | Carlos Irwin Estévez 3 September 1965 Bandar Raya New York, New York, A.S. |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1973–kini |
Pasangan | Donna Peele (1995–96) Denise Richards (2002–06) Brooke Mueller (2008–11)[1] |
Anak-anak | 5 |
Ibu bapa | Martin Sheen (bapa) Janet Templeton (ibu) |
Saudara | Emilio Estevez (abang) Ramon Estevez (abang) Renée Estevez (kakak) |
Laman web rasmi | www |
Carlos Irwin Estévez (lahir 3 September 1965), dikenali secara profesional sebagai Charlie Sheen, ialah seorang pelakon Amerika. Sheen merupakan anak kepada pelakon Martin Sheen. Beliau menjadi terkenal dalam beberapa siri filem seperti Platoon (1986), Wall Street (1987), Young Guns (1988), Eight Men Out (1988), Major League (1989), Hot Shots! (1991), dan The Three Musketeers (1993).
Pada tahun 2000, Sheen menjadi terkenal dengan peranan televisyennya. Beliau menggantikan Michael J. Fox di Spin City dan penampilannya mendapat Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Terbaik – Siri Televisyen Muzikal atau Komedi dan kemudian membintangi Two and a Half Men dan mendapat beberapa pencalonan Golden Globe dan Anugerah Emmy. Beliau baru-baru ini membintangi siri komedi FX Anger Management, termasuk 100 episodnya pada tahun 2014. Pada tahun 2010, Sheen adalah pelakon yang dibayar dengan bayaran tertinggi di televisyen dan mendapat US$1.8 juta setiap episod Two and a Half Men.[2]
Kehidupan peribadi Sheen telah menjadikan ia sebagai berita utama, termasuk laporan alkohol dan penyalahgunaan dadah dan masalah perkahwinan, serta tuduhan keganasan rumah tangga. Kontraknya untuk Two and a Half Men telah ditamatkan oleh CBS dan Warner Bros pada Mac 2011. Sheen kemudiannya melancong.[3] Pada 17 November 2015, Sheen secara terbuka mendedahkan bahawa beliau positif HIV, setelah didiagnosis kira-kira empat tahun lebih awal.[4]