Koordinat: 4°43′N 101°07′E / 4.717°N 101.117°E
Chemor | |
---|---|
![]() Bandar Chemor | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Pentadbiran | |
• Ahli Parlimen Tambun | Ahmad Faizal Azumu |
• ADUN Hulu Kinta | Muhamad Arafat Varasai Mahamad |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 31200 |
Kod kawasan | 05 |
Chemor adalah sebuah pekan yang terletak di utara bandar raya Ipoh, Perak. Bandar yang berhampiran ialah Tanjung Rambutan, Sungai Siput, Salak, Kuala Kangsar, Bandar Meru Raya,Ipoh dan Tasek,Ipoh. Didalam Chemor sendiri sekarang, terdapat pelbagai pembangunan telah dimajukan terutamanya di kawasan Klebang. Sekitar tahun 70-an, banyak terdapat lombong bijih timah di Chemor. Pada masa itu juga, Chemor terkenal dengan tanaman ubi kayu sehingga topik pengeluaran ubi kayu di Chemor telah diselitkan ke dalam buku teks Kajian Tempatan sekolah rendah pada masa itu. Selain bijih, pertanian seperti getah dan sayur-sayuran merupakan kegiatan penting bagi penduduk Chemor ketika itu. Pada masa itu di kiri kanan, sepanjang jalan utama dari Tasek ke Chemor boleh dilihat ladang getah yang kini telah bertukar kepada kilang, pusat perniagaan dan taman perumahan.