Cho Tae-yong

Cho Tae-yong
Hangul조태용
Hanja趙太庸
Perumian SemakanJo Tae-yong
McCune–ReischauerCho T'ae-yong

Cho Tae-yong (lahir 1956) ialah seorang diplomat Korea Selatan dengan lebih tiga dekad pengalaman yang berkhidmat sebagai Timbalan Penasihat Keselamatan Negara sejak Oktober 2015.[1][2]

Cho mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai tugasan diplomatik terutamanya berurusan di antara Amerika Syarikat dan Korea Utara. Pada November 2016, beliau mewakili Korea Selatan dalam perbincangan dengan Michael Flynn dan ahli pasukan dasar luar negara pilihan Presiden AS Donald Trump mengenai Korea Utara. [3] Beliau dan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Tony Blinken mengadakan lima kali perundingan strategik AS-Korea Selatan mengenai Korea Utara antara 2015 dan 2017. [4] Sebagai Naib Menteri Luar Pertama Korea Selatan pada 2014 dan 2015, beliau mewakili Korea Selatan dalam rundingan trilateral AS-Korea Selatan-Jepun dengan Timbalan Setiausaha Negara AS Tony Blinken dan Naib Menteri Luar Jepun Shinsuke Sugiyama. [5]

  1. ^ "Impact Player: Cho Tae-yong". www.csis.org. Dicapai pada 2019-01-29.
  2. ^ "The Leaderboard: Cho Tae-yong | cogitASIA CSIS Asia Policy Blog". www.cogitasia.com. Dicapai pada 2019-01-29.
  3. ^ "Trump's national security adviser vows to tackle North Korea..." Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2016-11-19. Dicapai pada 2019-01-29.
  4. ^ "01/03/17 - Visit of Republic of Korea (ROK) Deputy National Security Advisor Cho Tae-yong". U.S. Embassy & Consulate in Korea (dalam bahasa Inggeris). 2017-01-03. Dicapai pada 2019-01-29.
  5. ^ "Deputy Secretary of State Blinken Travel to Japan and the Republic of Korea". U.S. Department of State. Dicapai pada 2019-01-29.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne