Chris Pratt

Chris Pratt
Kelahiran
Christopher Michael Pratt

(1979-06-21) 21 Jun 1979 (umur 45)
PekerjaanPelakon, filem, drama, televisyen
Tahun aktif2000 - kini
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "birthdate"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "birthplace"

Chris Pratt (lahir 21 Jun 1979) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat, terkenal dengan gabungan peranan komedi terutamanya di televisyen, dan peranan aksi — selalunya dengan nada komedi — dalam filem tayangan anggaran besar.

Dia menjadi terkenal untuk peranan televisyennya, terutama sebagai Andy Dwyer di sitkom NBC Parks and Recreation (2009-2015), yang mana dia mendapat pujian kritis dan dinominasikan untuk Anugerah Televisyen Pilihan Pengkritik untuk Pelakon Pembantu Terbaik dalam Siri Komedi pada tahun 2013. Dia juga pernah membintangi karirnya sebagai Bright Abbott dalam siri drama The WB Everwood (2002–2006) dan pernah berperanan dalam Wanted (2008), Jennifer Body (2009), Moneyball (2011), The Five-Year Engagement (2012), Zero Dark Thirty (2013), Delivery Man (2013), dan Her (2013).

Pratt meraih status sebagai tokoh utama pada tahun 2014, membintangi dua filem yang berjaya dan komersil: The Lego Movie sebagai Emmet Brickowski, dan Guardians of the Galaxy sebagai Star-Lord. Pada tahun 2015, Time menamakan Pratt sebagai antara 100 orang paling berpengaruh di dunia dalam senarai Time 100 tahunan. Dia membintangi Jurassic World (2015) dan Jurassic World: Fallen Kingdom (2018), dan dia mengulangi peranan Marvelnya dalam Guardians of the Galaxy Vol. 2 (2017), Avengers: Infinity War (2018), Avengers: Endgame (2019), dan Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang dirancang. Sementara itu, pada tahun 2016 ia menjadi bahagian dari peranan ensemble di The Magnificent Seven dan peranan utama lelaki dalam Passengers.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne