Christina Grimmie | |
---|---|
![]() Grimmie pada 2014. | |
Kelahiran | Christina Victoria Grimmie 12 Mac 1994 |
Meninggal dunia | Jun 10, 2016[1] | (umur 22)
Sebab kematian | Luka akibat tembakan |
Dikebumikan | South Jersey, Amerika Syarikat[2] |
Pekerjaan |
|
Kerjaya muzik | |
Instrumen | |
Tahun aktif | 2009 – 2016 |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman web rasmi | christinagrimmie |
Christina Victoria Grimmie (12 Mac 1994 – 10 Jun 2016) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat. Beliau telah mula mencapai kemasyuhran selepas memuat naik video nyanyian beliau ke YouTube, menyertai dalam satu pertandingan nyanyian The Voice dan menyanyikan lagu daripada artis-artis yang disukai ramai seperti Demi Lovato, Selena Gomez, Christina Aguilera, Miley Cyrus, Justin Bieber, Katy Perry.
Dalam tahun 2014, Grimmie telah mengambil bahagian dalam musim keenam The Voice dan mengakhiri perlumbaan dalam kedudukan keempat. Adam Levine, jurulatih beliau dalam rancangan tersebut, telah mengumumkan dalam acara kemuncak bahawa beliau sentiasa bersedia menandatangani Grimmie kepada label rakaman 222 Records dengan tiada menghiraukan hasil yang Grimmie dapati. Lil Wayne telahpun juga menawarkan kepada Grimmie label rakaman yang dimilikinya iaitu Young Money Entertainment. Selepas itu, beliau mula ditandatangani bagi Island Records sehingga akhirnya beliau dikeluarkan daripada label rakaman tersebut.
Album pertamanya With Love dikeluarkan pada 2013. EP keduanya, Side A, dikeluarkan pada 2016. Keluaran anumertanya, Side B, didapati di iTunes dan Spotify. Album anumertanya, bertajuk All is Vanity, dijadualkan akan menjengah pasaran pada 2 Jun 2017.
Grimmie meninggal pada 10 Jun 2016 kerana luka yang datang daripada kesan tembakan yang dikenakan dalam satu serangan yang disasarkan sewaktu persembahan muzik beliau di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama services