Chulalongkorn چولالوڠکورن จุฬาลงกรณ์ | |
---|---|
Raja Rama V | |
Raja Siam | |
Pemerintahan | 1 Oktober 1868 – 23 Oktober 1910 |
Kemahkotaan | 11 November 1868 (kali pertama) 16 November 1873 (kali kedua) |
Didahului oleh | Mongkut (Rama IV) |
Diikuti oleh | Vajiravudh (Rama VI) |
Pemangku raja | Si Suriyawongse (1868-1873) Saovabha Bongsri (1897) Vajiravudh (1907) |
Naib Raja | Vichaichan (1868-1885) |
Keputeraan | Bangkok, Siam | 20 September 1853
Kemangkatan | 23 Oktober 1910 Bangkok, Siam | (umur 57)
Pasangan | Permaisuri Sunandha Kumariratana Permaisuri Sukumala Marasri Permaisuri Savang Vadhana Permaisuri Saovabha Bongsri dan 149 orang permaisuri dan gundik lain |
Anakanda | 33 anak lelaki dan 44 anak perempuan |
Kerabat | Dinasti Chakri |
Ayahanda | Mongkut |
Bonda | Debsirindra |
Agama | Theravada Buddhism |
Phra Bat Somdet Phra Poramintharamaha Chulalongkorn Phra Chunla Chom Klao Chao Yu Hua (Bahasa Thai: พระบาทสมเด็จพระปรมินทรมหาจุฬาลงกรณ์ฯ พระจุลจอมเกล้าเจ้าอยู่หัว ), atau Rama V (20 September 1853 – 23 Oktober 1910) ialah raja Siam kelima di bawah Wangsa Chakri. Baginda dikenali oleh orang Siam pada masanya sebagai Phra Phuttha Chao Luang (พระพุทธเจ้าหลวง - Buddha DiRaja). Baginda dilantik sebagai Raja Rama V selepas kemangkatan Mongkut pada 1 Oktober 1868 semasa berumur 15 tahun. Oleh sebab baginda terlalu muda, maka pentadbiran dipangku oleh Chao Phraya Montri Sri Suryawongse.
Zaman baginda menyaksikan pendedahan kepada budaya Barat yang sering mengambang sekitar tanah air baginda dengan kemaraan penjajah Eropah. Chulalongkorn mengambil kesempatan ini untuk mengadakan lawatan ke India, Myanmar, Singapura dan Jawa bagi mempelajari sistem pentadbiran Barat; baginda mendapat pendidikan Barat daripada Anna Leonowens serta Robert Marnant dan terpengaruh dengan idea Anna menekankan pembaharuan yang lebih luas perlu dilaksanakan di Siam. Chulalongkorn mengambilalih pentadbiran daripada Chao Phraya Montri Sri Suryawongse pada tahun 1873. Tahun dimana Jepun menyerang Persekutuan Tanah Melayu