Cicakman 3 | |
---|---|
Pengarah | |
Penulis |
|
Lakon layar |
|
Dihasilkan oleh | |
Dibintangi | |
Sinematografi | Zambree Haras |
Disunting oleh | Hidayat Razali |
Muzik oleh | Edry Abdul Halim |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 121 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 3.5 juta[1] |
Pecah panggung | RM 2.53 juta[2] |
Cicakman 3 (Jawi: چيچقمن 3) ialah sebuah filem aksi adiwira Malaysia 2015 arahan bersama Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar terbitan KRU Studios[3] dengan kerjasama Astro Shaw dan Grand Brilliance. Dibintangi oleh Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz, filem ini mengisahkan tentang Man, seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak yang mana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini merupakan kesinambungan daripada dua filem Cicakman dan filem terakhir dalam trilogi Cicakman.
Cicakman 3 telah ditayangkan pada 12 Mac 2015 hingga kejayaan komersial. Ia telah menerima ulasan positif daripada pengkritik filem dan telah memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM2.53 juta. Filem ini telah memenangi satu daripada empat pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28, iaitu Kesan Visual Khas Terbaik.