Cichlid | |
---|---|
![]() | |
Angelfish air tawar, Pterophyllum scalare | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | Cichlidae Heckel, 1840
|
Subfamili | |
Astronotinae |
Cichlid adalah sejenis ikan dari keluarga Cichlidae dalam order Labriformes merangkumi juga ikan becok (Labridae), damselfish (Pomacentridae) dan surfperches (Embiotocidae).[1] Keluarga ikan dari spesies ini adalah besar dan pelbagai. Sekurang-kurangnya 1,300 spesies telah diperincikan dari segi saintifik,[2] menjadikan ia salah satu dari keluarga vertebrata terbesar. Spesies-spesies baru ditemui pada setiap tahun, kebanyakannya masih belum diperincikan. Jumlah sebenar spesies ini tidak diketahui, dengan anggaran di antara 1,300 sehingga 3,000 spesies.[3]
Banyak spesies cichlid ialah ikan makanan penting; yang paling biasa dimakan ialah pelbagai spesies tilapia.[4] Beberapa cichlid yang lebih besar, seperti spesies Cichla, dinilai sebagai ikan buruan.[5] Keluarga Cichlidae juga termasuk banyak ikan air tawar yang dapat dicam oleh penggemar akuarium; ikan bidadari, ikan oskar, dan ikan diskus merupakan contoh terkenal ikan tersebut.
Ada jenis cichlid yang telah menjadi perosak selepas dipindahkan ke dalam perairan di luar julat semula jadinya.[5] Sebaliknya, banyak spesies cichlid juga terancam; contohnya di dalam Tasik Viktoria ada banyak spesies yang hampir pupus atau sudah dipupuskan.[6]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Stiassny
|date=
(bantuan)