Cik Manggis | |
---|---|
Kelahiran | Nurshazwani binti Shamsuddin 2 September 1989 |
Nama lain | Cik Manggis "De Fam" |
Pendidikan | Teknologi Kreatif dan Artistik, Seni Layar |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Perdana |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2015–kini |
Kampung asal | Sitiawan, Perak |
Kerjaya muzik | |
Genre | DJ, R&B |
Instrumen | Vokal |
Pengkarya berkait | De Fam |
Nurshazwani Shamsuddin (lahir 2 September 1989) atau lebih dikenali sebagai Cik Manggis atau Manggis "De Fam" merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai ahli kumpulan De Fam di mana beliau ialah ahli yang paling tertua dalam kumpulan itu, yang turut dianggotai oleh Sophia Liana dan Azira Shafinaz. Selain menyanyi, Cik Manggis juga merupakan seorang pelakon dan pernah mengacarakan sebuah program Astro bersama kumpulannya.