Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang | |
---|---|
Sultan Kelantan (bagi wilayah Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan) | |
Dalam jawatan 1610–1677 | |
Didahului oleh | Sultan Ahmad Shah ibni Al-Marhum Raja Muda Mansur Shah III |
Digantikan oleh | Puteri Saadong |
- | |
Dalam jawatan - – - | |
Didahului oleh | - |
Digantikan oleh | - |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1570 - |
Mati | - - |
Tinggi | - |
Pasangan | - |
Pertalian | - |
Anak | Puteri Saadong |
Kediaman | Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong |
Pekerjaan | - |
Cik Siti Wan Kembang (Jawi: چئ سيتي وان كمبڠ) merupakan seorang pemerintah wanita legenda yang pernah memerintah sebuah kesultanan di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu bernama Kelantan.
Berdasarkan sejarah, baginda dikatakan memerintah Kelantan sekitar 1610 sehingga 1677 Masihi. Baginda juga sering menjadi watak utama dalam penceritaan kisah-kisah sejarah yang sering diceritakan oleh rakyat tempatan. Walaubagaimanapun, masih belum ada bukti arkeologi yang jelas bagi membuktikan kesahihan dan kewujudan watak yang sentiasa berlegar-legar dalam hikayat klasik dan cerita rakyat terutama yang berlatar belakangkan masyarakat Melayu Kelanatan. Baginda dihikayatkan pernah memerintah sebuah negeri yang bernama "Negeri Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong" dan memakai nama gelaran, Seri Maharaja Puteri. Baginda telah diputerikan (baca: dilahirkan) pada tahun 1580.