Cinta | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Kabir Bhatia |
Lakon layar |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Madnor Kassim |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Pacai |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 107 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1 Juta |
Pecah panggung | RM 2.2 Juta[1] |
Cinta merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2006 yang diarahkan oleh Kabir Bhatia. Filem ini merupakan filem cereka pertama arahan Khabir. Filem ini mengisahkan mengenai lima cerita yang meraikan keajaiban cinta, mengenai Harris dengan isterinya Airin; hubungan Dyan dengan adiknya, Dhani; cinta Elyas seorang pesara guru dengan pemilik gerai, Rubiah; hubungan Azlan & Azura, dan hubungan Arianna & Taufiq - di mana semuanya saling berkait di Kuala Lumpur. Filem ini menampilkan barisan pelakon A-List iaitu Rita Rudaini, Sharifah Amani, Fasha Sandha, Nanu Baharudin, Fatimah Abu Bakar, Baizura Kahar, Eizlan Yusof, Pierre Andre, Gambit Saifullah, Que Haidar, Rashidi Ishak, Rahim Razali, Bell Ngasri, Vanida Imran, Tony Eusoff dan Soffi Jikan. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 November 2006.
Filem ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2007[2] dan empat anugerah dari sepuluh pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-20 termasuk Filem Terbaik.[3]
Pada tahun 2008, Indonesia telah mengadaptasikan filem ini dengan tajuk LOVE.[4] Filem ini turut telah diadaptasikan kepada bentuk teater melalui pementasan Terima Kasih Cinta di Istana Budaya pada tahun 2011.[5]
|coauthors=
(bantuan)
|coauthors=
(bantuan)