Cinta Elysa merupakan sebuah drama di TV3 menerusi slot Lestary setiap hari Selasa, mulai 13 September 2011 yang menyiarkan 13 episod dari jam 7.00 petang selama satu jam. Drama bersiri 13 episod terbitan Suhan Movies Trading ini diarahkan oleh sutradara Along Kamarudin dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin dan Ika Nabila.[1]
Cinta Elysa | |
---|---|
Genre | Romantik |
Dibintangi oleh | Fasha Sandha Johan As'ari Jalaluddin Hassan Zila Bakarin Addy Ashraf Naim Daniel Zaefrul Nordin Ika Nabila Talha Harith Adam Shah |
Lagu pembukaan | "Kisah Dongeng" nyanyian Stacy |
Lagu penutup | "Kisah Dongeng" nyanyian Stacy |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan musim | 1 |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 1 jam per episod |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 13 September 2011 – 13 Disember 2011 |
Kronologi | |
Mengikuti | Asmara 2 |