Cinta Si Wedding Planner

Cinta Si Wedding Planner
GenreMelodrama
Romantik
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Dhiyana
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Mira Filzah
Adi Putra
Lagu pembukaan"Kekal Bahagia" oleh Ippo Hafiz
Lagu penutup"Takkan Pergi" oleh Hyper Act
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal30 Disember 2015 – 16 Februari 2016
Kronologi
Diikuti olehTundukkan Playboy Itu

Cinta Si Wedding Planner ialah sebuah siri drama televisyen melodrama romantik Malaysia 2015 arahan Along Kamaludin, diadaptasi daripada novel 2015 bertajuk sama karya Dhiyana, dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah.[1] Drama ini memulakan tayangan perdana Slot Akasia TV3 dari 30 Disember 2015 hingga 16 Februari 2016 menggantikan Akulah Balqis. Cinta Si Wedding Planner boleh didapati melalui penstriman dalam talian di Netflix dan Tonton.

  1. ^ Drama Cinta Si Wedding Planner (TV3) My Info Taip (31 Disember 2015). Dicapai pada 31 Disember 2015.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne