Cochin

Cochin kini Kochi, ialah sebuah bandar di dalam negeri kerala, India. Buat beberapa abad sehingga dan termasuk zaman Raj British bandar Kochi merupakan pusat kerajaan putera Kochi. Sejarah Kochi berbalik beberapa abad, sewaktu ia menjadi pusat perdagangan rempah India. Pada zaman itu, Kochi dikenali oleh orang Yavana (Yunani dan Rom purba, Yahudi, Arab dan orang China.[1]Kochi menjadi pusat perdagangan penting selepas kemusnahan Cranganore (kini Kodungallur akibat banjir besar Sungai Periyar pada tahun 1341 M.[2]
Rujukan bertulis berhubung Kochi terdapat dalam buku-buku karya pengembara China Ma Huan, sewaktu lawatannya ke Kochi dalam band ke-15 sebagai sebahagian anggota armada Laksamana Cheng Ho.[3] Kochi juga disebut dalam laporan pengembara Itali Niccolò Da Conti yang melawat Cochin dalam tahun 1440.[4] Kini, Kochi ialah hab perdaganan Kerala,[5] dan satu daripada metro yang membangun pesat di India.[6]

  1. ^ "History of Ernakulam". Ernakulam Portal. National Informatics Centre. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-15. Dicapai pada 2006-05-23.
  2. ^ "Emergence of Kochi harbour". History of Kochi. Centre For Heritage Studies, India. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-15. Dicapai pada 2006-05-23.
  3. ^ Ma Huan: Ying Yai Sheng Lan – translated by J.V.G. Mills (1970). The Overall Survey of the Ocean's Shores. Hakluyt Society, White Lotus Press. ISBN 974-8496-78-3.
  4. ^ "Accounts of Nicolo de' Conti (ca.1395-1469)". Niccolo di Conti. win.tue.nl. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-21. Dicapai pada 2006-05-23.
  5. ^ "The Economy of Kochi— Trade & Industry in Kochi". Kochi Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-03. Dicapai pada 2006-05-23.
  6. ^ Rakee Mohan (2006-04-08). "Developing metro and quaint environs". Economic Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 2006-05-23.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne