Jenis | Koko panas |
---|---|
Negara asal | Berbagai wilayah di Mesoamerika |
Warna | Keperangan |
Perasa | Coklat |
Coklat panas (Jawi: چوکلت ڤانس; bahasa Inggeris: hot chocolate atau hot cocoa) ialah minuman panas terdiri daripada serbuk atau kepingan coklat, susu atau air panas, serta adakalanya ditambah pemanis dan krim putar. Minuman ini banyak dijumpai di seluruh dunia dalam pelbagai jenis baik ditambah rempah (termasuk chocolate para mesa Amerika Latin), dipekatkan (cioccolata calda di Itali, chocolate a la taza di Sepanyol), dan sebagainya. Ia boleh didapati di banyak rumah makan dan warung termasuk kafeteria, restoran dan kafe; malah ia boleh didapati dalam bentuk segera yang boleh dibeli di kedai runcit.
Duluan kepada resipi ini dipercayai telah dicipta oleh nasyrakat Maya kira-kira 2,500-3,000 tahun lalu dan menjadi penting dalam budaya Aztec menjelang 1400 M di bawah nama xocōlātl.[1] Minuman ini menjadi popular di Eropah selepas diperkenalkan dari kepada para peneroka Dunia Baru yang banyak mengolah ramuan bancuhannya telah mengalami banyak perubahan sejak itu