Columbidae Julat zaman: Miosen - Kini
Awal | |
---|---|
Punai gading | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Klad: | Columbimorphae |
Order: | Columbiformes Latham, 1790 |
Keluarga: | Columbidae Leach, 1820 |
Subkeluarga | |
Lihat teks | |
Taburan geografi bagi keluarga Columbidae |
Columbidae adalah satu keluarga burung yang terdiri daripada merpati (Jawi: مرڤاتي ) dan punai[1] (Jawi: ڤوناي ) dalam order Columbiformes,[2] keluarga ini termasuk sekitar 42 genus dan 310 spesies. Burung-burung dalam keluarga ini berbadan bulat, leher yang pendek, paruh bengkok pendek dan cere berdaging pada beberapa spesies. Makanan mereka terdiri daripada bijiran, buah-buahan dan tumbuhan. Keluarga burung Columbidae boleh ditemui di seluruh dunia tetapi kepelbagaian spesies boleh didapati di ekozon Indomalaya dan Australasia.
Merpati dan punai membina sarang nipis, sering kali menggunakan ranting kayu atau sampah sarap lain, yang mana terletak di atas pokok, belebas atau tanah bergantung pada spesies. Merpati dan punai betina bertelur sebanyak biji atau dua biji pada satu-satu masa, dan kedua-dua jantan dan betina akan menjaga anak-anak yang menetas sampai tiba masa meninggalkan sarang selepas 7–28 hari.[3] Tidak seperti kebanyakan burung-burung lain, kedua-dua jantina merpati dan punai akan menghasilkan cecair rembesan daripada lapisan tembolok seperti "susu" yang diberi kepada anak-anaknya..