Condoleezza Rice | |
---|---|
![]() | |
Pengarah Institusi Hoover | |
Menyandang jawatan 1 September 2020 | |
Didahului oleh | Thomas W. Gilligan |
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-66 | |
Dalam jawatan 25 Januari 2005 – 20 Januari 2009 | |
Presiden | George W. Bush |
Didahului oleh | Colin Powell |
Digantikan oleh | Hillary Clinton |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Birmingham, Alabama, A.S. | 14 November 1954
Parti politik | Republikan |
Tempat belajar | Universiti Denver Universiti Notre Dame |
Bidang pengkhususan | Profesor, Diplomat, Ahli politik |
Tandatangan | ![]() |
Condoleezza Rice (lahir 14 November 1954) ialah diplomat dan profesor Amerika yang berkhidmat sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-66, dilantik oleh Presiden George W. Bush.[1] Beliau adalah wanita kedua dilantik menjawat jawatan paling tinggi dalam sejarah A.S, didahului Madeleine Albright yang juga menjawat sebagai setiausaha negara. sehingga Kamala Harris menjadi naib presiden pada tahun 2021. Rice juga orang Orang Amerika Afrika kedua dilantik dalam jawatan tertinggi dalam sejarah A.S. selepas Colin Powell, yang dilantik pada 2001 menggantikan Madeleine Albright dan kemudiannya presiden Obama pada tahun 2009.
Condoleezza Rice asalnya penasihat keselamatan negara kepada Presiden Bush dari 2001 - 2005. Sebelum itu beliau adalah profesor sains politik di Universiti Stanford dari 1993-1999.
Semasa pentadbiran George H. W. Bush, Rice berkhidmat sebagai penasihat hal ehwal Rusia dan Eropah Timur, melihat sendiri perjalanan pembubaran Kesatuan Soviet dan penyatuan semula Jerman Barat dan Jerman Timur.
Apabila bertugas sebagai Setiausaha Negara AS, beliau mempelopori Tranformasi Diplomasi terutama pendemokrasian negara-negara Timur Tengah.
Pada 2004 dan 2005, beliau diiktiraf sebagai wanita paling berkuasa di dunia oleh majalah Forbes dan nombor dua pada 2006 selepas Canselor Jerman Angela Merkel. Majalah Time pula mengiktiraf beliau paling berkuasa pada 2004, 2005, 2006 dan 2007.