Sebahagian daripada siri alam semula jadi |
Cuaca |
---|
Kalendar musim |
Musim tropika |
Ribut |
Kerpasan |
Topik |
Portal Cuaca |
Sains atmosfera [kat.] |
---|
Meteorologi [cat.] |
Klimatologi [kat.] |
Cuaca (Jawi: چواچ ) ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan semua fenomena yang banyak dan pelbagai yang boleh berlaku dalam atmosfera planet serta kesannya kepada kehidupan dan aktiviti manusia[1] Cuaca Bumi banyak berlaku dalam lapisan troposfera yang paling rendah.[2][3] Ia disebabkan perbezaan tekanan udara, suhu dan kelembapan antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.
Fenomena cuaca diukur, dianggarkan atau diramal selama tempoh masa yang pendek, biasanya ramalan tujuh hari boleh meramalkan dengan tepat kira-kira 80 peratus dan ramalan lima hari boleh meramal cuaca dengan tepat kira-kira 90 peratus. Walau bagaimanapun, ramalan 10 hari—atau lebih lama—hanya tepat kira-kira separuh masa. Purata keadaan atmosfera untuk tempoh yang lebih panjang dikenali sebagai iklim.[4] Penggunaan dua istilah ini selalu bertindih dan konsep ini jelas berhubung kait rapat.