DAY6

Day6
Day6 pada bulan Jun 2018
Dari kiri ke kanan: Wonpil, Sungjin, Dowoon, dan Young K
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
데이식스
Berasal dari Korea Selatan
Genre
Penampilan sulung
7 September 2015; 9 tahun yang lalu (2015-09-07)
melalui karya EP The Day
Tahun aktif2015–kini
Syarikat pengurusan
Pengkarya berkait
  • Day6 (Even of Day)
Laman sesawang
day6.jype.com
Ahli
  • Sungjin
  • Young K
  • Wonpil
  • Dowoon
Bekas ahli
  • Jae
  • Junhyeok

Day6 (Hangul데이식스; RRDe-i-sik-seu; digayakan dalam semua huruf besar) ialah sebuah kugiran pop rock dari Korea Selatan di bawah label JYP Entertainment. Kugiran ini memulakan debut pada 7 September 2015 dengan album mini (EP) pertama mereka The Day yang memuncak di No.2 di Billboard World Album Chart seminggu selepas dikeluarkan.[1] Kugiran ini terdiri daripada empat orang ahli: Sungjin, Young K, Wonpil dan Dowoon. Pada asalnya kumpulan enam orang ahli, Junhyeok meninggalkan kumpulan pada 27 Februari 2016 dan Jae meninggalkan kumpulan pada 31 Disember 2021.[2][3] Semua ahli Day6 banyak terlibat dalam menulis, mengarang dan menghasilkan muzik kumpulan ini.

Pada tahun 2017, kumpulan ini mengeluarkan dua buah lagu setiap bulan dalam setahun untuk projek "Every Day6" mereka. Menjelang akhir projek, 25 buah lagu telah ditambahkan pada diskografi mereka. Dengan genre yang terdiri daripada hard rock dan nyanyian yang ceria hingga balada mellow. Album penuh pertama mereka, Sunrise terdiri daripada lagu-lagu yang dikeluarkan pada separuh pertama projek Every Day6.[4] Ia menduduki nombor 14 di Billboard The 25 Greatest K-Pop Album of the 2010s: Staff List,[5] dan lagu pembukaan projek "I Wait" menduduki tempat ke-81 pada Billboard The 100 Greatest K-Pop Songs of the 2010s: Staff List.[6]

  1. ^ "Day6 Ranks Second on Billboard World Album Chart". sg.celebrity.yahoo.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2023. Dicapai pada December 27, 2019.
  2. ^ JYP "DAY6 준혁, 개인사정 팀 탈퇴, 계약 해지" [JYP "DAY6 Junhyeok leaves the team due to personal circumstances, terminates contract"]. Nate News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2023-02-09.
  3. ^ Daly, Rhian (2022-01-02). "Day6's Jae leaves the band and JYP Entertainment". NME (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada January 1, 2023. Dicapai pada 2023-01-01.
  4. ^ Kim, Minji (2017-12-12). [딥:톡스①] "1년에 25곡"… 우리가 미처 몰랐던 데이식스의 음악 열정 [[Dip:Talks①] "25 songs in a year"... DAY6's passion for music that we didn't know about]. News1 (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada May 5, 2021. Dicapai pada 2021-03-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "The 25 Greatest K-Pop Albums of the 2010s: Staff List". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada December 21, 2019. Dicapai pada December 27, 2019.
  6. ^ "The 100 Greatest K-Pop Songs of the 2010s: Staff List". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada November 28, 2019. Dicapai pada December 27, 2019.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne