Dadasaheb Phalke | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Dhundiraj Govind Phalke 30 Januari 1870 Tryambakeshwar, Kepimpinan Bombay, India British |
Meninggal dunia | 16 Februari 1944 Nashik, Bombay, British India | (umur 74)
Pusat pendidikan | Sekolah Seni Sir J. J. |
Pekerjaan | Pengarah, penerbit, penulis latar |
Tahun aktif | 1913–1937 |
Dhundiraj Govind Phalke (Marathi: धुंडीराज गोविंद फाळके), yang lebih dikenali sebagai Dadasaheb Phalke (Marathi: दादासाहेब फाळके) (pengucapan (bantuan·maklumat)) (30 Januari 1870 – 16 Februari 1944), ialah seorang penerbit-pengarah-penulis latar India, yang dikenali sebagai "Bapa pawagam India".[1][2][3] Memulakan kerjaya pengarahannya menerusi filem pertama arahannya, Raja Harishchandra pada 1913, yang kini dikenali sebagai filem cereka penuh pertama di India, beliau menghasilkan 95 filem dan 26 filem pendek dalam kerjayanya yang bertahan selama 19 tahun, sehingga 1937, termasuk karya-karya terkenalnya: Mohini Bhasmasur (1913), Satyavan Savitri (1914), Lanka Dahan (1917), Shri Krishna Janma (1918) dan Kaliya Mardan (1919).
Anugerah Dadasaheb Phalke, untuk jasa-jasa seumur hidup dalam industri perfileman, diadakan bagi menghargai beliau oleh Kerajaan India pada 1969. Anugerah itu ialah salah satu anugerah paling diidamkan di pawagam India dan merupakan pengiktirafan rasmi tertinggi untuk tokoh-tokoh perfileman di negara tersebut.[4] Sebuah setem yang menampilkan wajahnya dikeluarkan oleh India Post untuk menghargainya pada 1971. Sebuah penghargaan kehormatan Akademi Dadasaheb Phalke Mumbai diperkenalkan pada tahun 2001, untuk pencapaian sepanjang hayat di pawagam India.[5]