Opu Daeng Parani ibni Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibni Raja Opu La Maddusila (Raja Bugis Di Luwu) (meninggal dunia sekitar 1726) ialah saudara tertua daripada lima adik-beradik bangsawan Bugis Luwu dari Sulawesi, yang pernah menubuhkan dominasi politik ke atas para diraja di Semenanjung Melayu.[1]
Daeng Parani secara khas terlibat dalam politik Kesultanan Johor pada awal abad ke-18. Beliau terbunuh di Kedah akibat terkena tembakan semasa memimpin peperangan melawan tentera Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil).[1] Ketika kapal perang Bugis melewati kubu Raja Kecil, beliau ditembak di atas kurung kapal tersebut. Berang atas kematian penghulu mereka, orang Bugis telah melanggar kubu tersebut lantas membunuh setiap orang Kedah dan Siak yang ditemui.[2]
Makam Daeng Parani terdapat di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah.[3][sumber tidak boleh dipercayai?]
Putera Daeng Parani, Daeng Kemboja, kemudian menjadi Yang Dipertuan Muda Riau III pada tahun 1745 untuk menggantikan saudaranya, Daeng Chelak.
|website=
(bantuan)