Daerah Tebedu | |
---|---|
![]() | |
Koordinat: 1°00′55″N 110°21′17″E / 1.0154°N 110.3546°EKoordinat: 1°00′55″N 110°21′17″E / 1.0154°N 110.3546°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bahagian | Bahagian Serian |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Serian |
Keluasan | |
• Jumlah | 656 km2 (253 batu persegi) |
Aras | 99 m (325 ft) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 25,232 |
• Kepadatan | 38/km2 (100/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Daerah Tebedu ialah sebuah daerah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Serian yang merangkumi Serian, Siburan dan Tebedu.[3] Sebelum ini, Daerah Tebedu merupakan daerah kecil dalam Daerah Serian yang telah dinaik taraf kepada daerah sepenuhnya. Majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini ialah beretnik Bidayuh.[3][4]
Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Tebedu. Daerah Tebedu mempunyai keluasan lebih/kurang 421 kilometer persegi (42,100.0 he).[5] Ia juga merupakan pintu masuk antarabangsa Malaysia-Indonesia,[6] yang pertama yang terletak di sepanjang jalan raya utama menghubungkan Kuching di Sarawak dan Pontianak di Kalimantan Barat. Bandar yang bersempadan dengan daerah Tebedu ialah Entikong.[4] Kompleks Imigresen Tebedu juga dibina di pintu masuk antarabangsa kawasan tersebut.[4] Pada tahun 1991, lebih 57,000 orang penduduk daripada Indonesia memasuki Malaysia melalui Entikong, sebuah pusat imigresen terletak di antara Kalimantan Barat dengan Tebedu. "Kini, orang Indonesia memasuki Malaysia dengan pasport atau pos pemeriksaan," ujar ketua pintu masuk tersebut ketika itu, Prodjo Budiono.[7][8]
Hari ini, 11 April 2015 merupakan hari bersejarah bagi Serian kerana dengan ini saya mengisytiharkan daerah Serian, Tebedu dan daerah kecil Siburan sebagai sebuah Bahagian. Jika kita ada Bahagian Samarahan bagi Melayu, Bahagian Betong dan Kapit (Iban), Bahagian Mukah (Melanau), Bahagian Sarikei dan Sibu (Cina) dan Bahagian Miri serta Limbang (Orang Ulu) maka Serian adalah bahagian yang majoriti Bidayuh," ujar Ketua Menteri Datuk Patinggi, Tan Sri Adenan Satem
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Pen.Bhg.Serian03