Daerah merupakan unit pentadbiran yang kerap kali digunakan di Jepun semasa tahun 1878 hingga 1921 dan secara kasar dikatakan bersamaan dengan kaunti (kawasan) yang ada di Amerika Syarikat. Sehingga tahun 2008, bandar-bandar di Jepun adalah dibawah kuasa wilayah dan tidak lagi perlu bergantung kepada daerah. Pekan dan kampong di Jepun adalah dibawah daerah dan tidak mempunyai sedikit pun kuasa pentadbiran keatas pekan dan kampung. Masyarakat Jepun menggunakan Sistem Alamat Jepun berdasarkan daerah dan ini juga bagi memudahkan mengesan kawasan geografi dan pungutan yang boleh dibuat di pekan dan kampung terdekat.
Daerah pada asalnya dikenali sebagai ‘’kōri’’ dan mempunyai kaitan dengan zaman dahulu kala. Walaupun Nihon Shoki menyatakan ia ditubuhkan semasa Kebangkitan Taika, ‘’kōri’’ pada asalnya ditulis seperti 評 sehinggalah Penal Taihō dan Kod Sivil menjelaskan bahawa ia seperti 郡. Dibawah Penal Taihō dan Kod Sivil, unit pentadbiran (国 kuni) adalah diatas daerah manakala kampung (里; sato or 郷; sato) pula dibawahnya.