Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Inggeris (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Dalit daripada Sanskrit : dalita yang bermaksud (bertaburan) merujuk pada segolongan bangsa di India Utara yang membuat pekerjaan pembersihan seperti menyapu, mencuci pakaian dan menjadi pembantu rumah dalam sesebuah masyarakat yang akhirnya golongan ini diberi nama golongan (tidak boleh disentuh) disebabkan oleh pekerjaannya. Menjadikan mereka golongan akhir dalam varna sistem di mana Varna sistem menentukan kasta seseorang daripada pekerjaannya. Varna merujuk kepada keyakinan Hindu bahawa manusia pada umumnya diciptakan daripada bahagian-bahagian tubuh yang berbeza-beza daripada dewa Purusha. Kedudukan sosial mereka ditentukan dari bahagian-bahagian tubuh manakah mereka diciptakan, tamsilnya dengan siapa mereka dapat bernikah dan pekerjaan apa yang dapat mereka lakukan.[1]. Kaum Dalit berada di luar sistem varna dan secara sejarahnya telah dilarang untuk melakukan pekerjaan apapun kecuali pekerjaan-pekerjaan yang paling rendah.[1]Mereka juga dikenal sebagai kaum tidak berkasta. Di antaranya termasuk para penyamak kulit (disebut chamar), petani-petani miskin dan para buruh yang tidak bertanah, pemungut sampah (disebut bhangi atau chura), para pekerja kerajinan di jalan-jalan, seniman-seniman rakyat, pencuci pakaian dhobi, dan lain-lain.