Daniel Padilla | |
---|---|
![]() Padilla di Celebrate Mega di Iceland pada November 2016. | |
Kelahiran | Daniel John Ford Padilla 26 April 1995 |
Warganegara | Filipina |
Nama lain | DJ, DJP, Daniel |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, penaja, artis rakaman, model |
Tahun aktif | 2010–kini |
Ejen | Star Magic (2010–kini) |
Kampung asal | Quezon City[1] |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Kerjaya muzik | |
Genre |
|
Instrumen | |
Syarikat rakaman | Star Music (2012–kini) |
Pengkarya berkait | Parking 5, ASAP Artists |
Daniel John Ford Padilla (lahir 26 April 1995; umur 29 tahun) ialah seorang pelakon dan penyanyi lelaki Filipina. Padilla telah diberi jolokan "Teen King" industri hiburan Filipina.[2][3][4][5][6] Merupakan artis di bawah ABS-CBN dan Star Magic, beliau membuat kemunculan televisyen sulungnya menerusi peranan pembantu dalam lipur lara Gimik 2010 (2010), sebelum menjayakan peranan utama dalam Growing Up (2011). Beliau telah membintangi pelbagai rancangan televisyen Filipina termasuk Princess and I (2012-2013),[7][8] Got to Believe (2013-2014)[9] dan Pangako Sa 'Yo (2015-2016).[10][11] Beliau membuat penampilan filem sulung sebagai pelakon pembantu pada 2012 sebelum berlakon dalam 10 filem Filipina dengan kutipan tertinggi pada tahun ini termasutk She's Dating the Gangster (2014), Crazy Beautiful You (2015), Barcelona: A Love Untold (2016) dan Can't Help Falling in Love. Padilla telah mengeluarkan album platinum berganda di Filipina termasuk EPnya yang menggunakan namanya sebagai judul album (2012), DJP (2013), I Heart You (2014), album rakaman emas I Feel Good (2015), dan album kompilasi DJ' Greatest Hits (2016). Beliau juga mengadakan empat konsert, iaitu Daniel: Live! (2013), DOS (2014), Most Wanted (2015) dan DJ Classics: Back at the Araneta (2017).
Padilla telah meraih pelbagai anugerah di bahagian televisyen, filem dan muzik termasuk GMMSF Box-Office Entertainment Awards for Box Office King, Anugerah Awit dan Anugerah Bintang PMPC bagi Album Paling Laris Tahun Ini. Lagunya, "Simpleng Tulad Mo" telah memenangi Anugerah Muzik Myx untuk Lagu Kegemaran. Dalam kerjayanya, beliau telah menerima pencalonan Anugerah Muzik Dunia pada 2013, dan menjadi artis Filipina pertama yang memenangi Anugerah Kids' Choice 2015 bagi Global Slime Star.[12][13]
Philippine showbiz's Teen King and Queen Daniel Padilla and Kathryn Bernardo recently brought honor to the country ...
Philippine showbiz's Teen Queen and King Kathryn Bernardo and Daniel Padilla led all the winners at the first-ever Push Awards held on Nov
It appears that the successful team-up of the Teen King and Queen in local showbiz Daniel Padilla and Kathryn Bernardo...
After establishing themselves as Philippine showbiz’ Teen King and Queen ... Kathryn Bernardo and Daniel Padilla ...