Darcy Ribeiro (Montes Claros, Minas Gerais, Brazil, 26 Oktober 1922 – Brasília, DF, Brazil, 17 Februari 1997) merupakan seorang ahli antropologi, penulis dan ahli politik Brazil.
Idea Darcy Ribeiro mengenai identiti Amerika Latin telah mempengaruhi beberapa ilmuan kajian Amerika Latin berikutnya. Sebagai Menteri Pendidikan Brazil dia melakukan reformasi yang mendalam yang membawa kepada beliau dijemput untuk mengambil bahagian dalam pembaharuan universiti di Chile, Peru, Venezuela, Mexico dan Uruguay selepas meninggalkan Brazil disebabkan oleh rampasan kuasa 1964[1]