Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati | |
---|---|
Dianugerahkan oleh ![]() Sultan Johor | |
Jenis | Darjah Kebesaran |
Diasaskan | 31 Julai 1886 |
Negara | Malaysia ![]() |
Cogan kata | Muafakat Itu Berkat |
Status | Masih dikurniakan |
Pengasas | Sultan Abu Bakar |
Sultan | Sultan Ibrahim |
Gred | Darjah Kerabat Johor Pangkat Pertama |
Singkatan darjah | DK (I) |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 31 Julai 1886 |
Pelantikan terakhir | 23 Mac 2021 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Tiada |
Lebih rendah | Darjah Kerabat Johor Pangkat Pertama |
![]() Reben darjah kebesaran | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Darjah Kerabat Pangkat Pertama DK (I) mengandungi seutas kalung (collar) diperbuat daripada emas dan enamel berbentuk rantai yang berukir nama “Abu Bakar” dalam tulisan Jawi, dengan panji-panji Sultan di sebelah kanan dan Bendera Kerajaan (lambang kerajaan negeri) di sebelah kiri. Di atasnya merupakan Mahkota Kerajaan dan di bawahnya ditulis cogan kata tulisan jawi “Muafakat itu Berkat”. Sebiji bintang besar (breast badge) diperbuat daripada emas dan perak berbentuk bintang sembilan pecahan dengan diameter berukuran 90 mm, di tengahnya bulan sabit dengan tulisan Jawi “Kepada Allah Berserah”, di atasnya sebilah pedang bersilang dengan keris menjungjung mahkota, dan di kelilingi oleh enamel merah bertulis dalam huruf Jawi “Muafakat itu Berkat”.
Selain itu, sebuah bintang kecil (sash badge) berukuran 56 mm diameter sembilan pecahan beserta kain pita warna kuning emas dengan lebar 50 mm, dan kain selempang warna kuning emas dengan lebar 86 mm melengkapi darjah ini.[1]