Darjah Tentera Max Joseph

Darjah Tentera Max Joseph
Salib Darjah Utama
Darjah Bintang

Darjah Tentera Max Joseph (Jerman: Militär-Max-Joseph-Orden atau Military Order of Max Joseph) merupakan darjah tentera tertinggi Kerajaan Bavaria. Ia telah dizahirkan pada 1 Januari 1806 oleh Maximilian I Joseph of Bavaria, raja pertama Bavaria. Darjah ini terdiri daripada tiga peringkat:

  • Salib Utama (Grosskreuz)
  • Pingat Komander (Kommandeurkreuz)
  • Pingat Kesatria (Ritterkreuz)

Individu yang menerima darjah ini dan bukan dari golongan bangsawan akan dilantik menjadi ahli bangsawan dan akan menambah gelaran "Ritter von" kepada nama keluarga mereka. Gelaran bangsawan Bavaria yang diperolehi melalui Darjah Tentera Max Joseph adalah sah untuk sekali seumur hidup.

Dengan kejatuhan kerajaan monarki Bavaria pada tahun 1918 selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia I, darjah tersebut tidak lagi dikurniakan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne