The Lord Cameron of Chipping Norton PC | |
---|---|
Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar, Komanwel dan Pembangunan | |
Menyandang jawatan 13 November 2023 | |
Perdana Menteri | Rishi Sunak |
Didahului oleh | James Cleverly |
Perdana Menteri United Kingdom | |
Dalam jawatan 11 Mei 2010 – 13 Julai 2016 | |
Raja | Elizabeth II |
Timbalan | Nick Clegg |
Didahului oleh | Gordon Brown |
Digantikan oleh | Theresa May |
Ketua Pembangkang | |
Dalam jawatan 6 Disember 2005 – 11 Mei 2010 | |
Raja | Elizabeth II |
Perdana Menteri | Tony Blair Gordon Brown |
Didahului oleh | Michael Howard |
Digantikan oleh | Harriet Harman |
Setiausaha Negara Pendidikan dan Kemahiran Bayangan | |
Dalam jawatan 6 Mei 2005 – 6 Disember 2005 | |
Ketua | Michael Howard |
Didahului oleh | Tim Yeo |
Digantikan oleh | David Willetts |
Ahli Parlimen bagi Witney | |
Dalam jawatan 7 Jun 2001 – 12 September 2016 | |
Didahului oleh | Shaun Woodward |
Digantikan oleh | Robert Courts |
Majoriti | 22,740 (32.5%) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | London, United Kingdom | 9 Oktober 1966
Parti politik | Parti Konservatif |
Pasangan | Samantha Sheffield (m.1996–kini) |
Anak | Ivan Reginald Ian (meninggal) Nancy Gwen Arthur Elwen |
Kediaman | 10 Downing Street (Rasmi) |
Tempat belajar | Brasenose College, Oxford |
Tandatangan | Tandatangan |
Laman web | Conservative Party website |
David William Donald Cameron, Baron Cameron of Chipping Norton[1] PC (lahir 9 Oktober 1966) ialah seorang ahli politik United Kingdom yang berkhidmat sebagai Setiausaha Luar Negeri sejak 2023. Sebelum ini, beliau merupakan Perdana Menteri United Kingdom dari 2010 hingga 2016 dan ketua parti Konservatif dari 2005 hingga 2016. Beliau juga merupakan bekas ahli parlimen bagi kawasan Witney dari 2001 hingga 2016.
Cameron dipandang sebagai calon yang muda dan sederhana yang menarik perhatian pengundi muda. Pada tahun 2005, beliau memenan gipilihan raya kepimpinan Konservatif.[2] Kepimpinan awalnya menyaksikan Parti Konservatif mengatasi Parti Buruh pimpinan Tony Blair dalam tinjauan pendapat; the first in over ten years. Walaupun tersungkur seketika selepas Gordon Brown menjadi Perdana Menteri,[3] namun Parti Konservatif pimpinan Cameron sentiasa mendahului Parti Buruh dalam tinjauan.[4] Di pilihan raya umum yang diadakan pada 6 Mei 2010, Parti Konservatif meraih kerusi terbanyak, tetapi kekurangan majoriti sehingga menyebabkan parlimen tergantung. Berikutan peletakan jawatan Gordon Brown, Cameron dilantik menjadi Perdana Menteri dengan membentuk kerajaan campuran bersama Parti Demokrat Liberal.
Cameron meletakan jawatan pada 24 Jun 2016 selepas gagal mempertahankan kedudukannya dalam pungutan suara ramai yang dijalankan bagi menentukan sama ada United kingdom akan kekal dalam Kesatuan Eropah ataupun tidak.