David Saul Marshall דייוויד מרשל | |
---|---|
Menteri Besar Singapura | |
Dalam jawatan 6 April 1955 – 7 Jun 1956 | |
Gabenor | Sir John Fearns Nicoll (1952–55) Sir William Goode (1955) Sir Robert Brown Black (1955–57) |
Didahului oleh | Baru dicipta |
Digantikan oleh | Lim Yew Hock |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 12 Mac 1908 Negeri-negeri Selat (Singapura) |
Mati | 12 Disember 1995 Singapura | (umur 87)
Parti politik | Barisan Buruh (1954–1957) Parti Pekerja Singapura (1957–1963) Calon bebas (1963–1995) |
Pasangan | Jean Mary Gray |
Anak | Jonathan Mark Ruth Ann Sarah Farha Joanna Tamar.[1] |
Tempat belajar | Universiti London |
Bidang pengkhususan | Ahli politik dan diplomat |
David Saul Marshall (12 Mac 1908 – 12 Disember 1995) ialah seorang peguam dan ahli politik dari Singapura yang telah menyandang jawatan Menteri Besar dari 1955 hingga 1956. Beliau juga merupakan pengasas Parti Pekerja Singapura, sebuah parti pembangkang utama di negara itu. Marshall berkhidmat sebagai president parti, jawatan tertinggi sebelum terciptanya jawatan Setiausaha Agung. Beliau juga terlibat dalam perundingan dengan British untuk meminta kemerdekaan untuk Malaya.