Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah
Dayang mengadakan persembahan dalam rancangan MeleTOP pada 9 Februari 2016.
Latar belakang
Nama lahirDayang Nurfaizah binti Awang Dowty
Juga dikenali sebagai
DN
Kelahiran (1981-07-20) 20 Julai 1981 (umur 43)
Kuching, Sarawak, Malaysia
GenrePop, R&B, Balada
PekerjaanPenyanyi, penerbit rakaman, penulis lagu, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1997–kini
Syarikat rakaman
Delima Records (1999)
Broadway Entertainment (2000–2002)
DNAD (2003–kini)
New Southern Records - edaran (2005–2009)
Universal Music Malaysia - edaran (2011–kini)
Pengkarya berkait
Hael Husaini

Dayang Nurfaizah binti Awang Dowty (lahir 20 Julai 1981) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Dilahirkan di Kuching, Sarawak, beliau dikenali dengan kelunakan vokalnya yang bernada tinggi dan kebolehan luar biasanya menyanyikan lagu-lagu Melayu asli dan R&B. Beliau telah dipetik oleh media tempatan sebagai "Ratu R&B" negara.[1]

Dayang mula membuat persembahan di pelbagai pertandingan nyanyian di usia belasan tahun, dan mula meraih perhatian sebagai pemenang pertandingan nyanyian Golden Teen Search pada tahun 1997. Beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Delima Records dan muncul bersama album sulungnya yang mengambil namanya sebagai judul album (1999), yang memuatkan single "Hakikat Cinta". Beliau kemudian menandatangani kontrak dengan Broadway Entertainment pada tahun 2000 dan muncul bersama album Seandainya Masih Ada Cinta, yang memuatkan lagu bertajuk sama, yang memenangi Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-9.

Beliau menubuhkan syarikat rakamannya sendiri, DN & AD Entertainment yang turut berkhidmat sebagai pasukan pengurusannya. Di bawah labelnya, beliau muncul dengan album Dayang Sayang Kamu (2004), yang menerima ulasan positif daripada pengkritik muzik. Pada tahun 2006, beliau menyertai One in a Million, pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh 8TV. Dayang akhirnya menjadi salah satu daripada empat finalis dalam pertandingan itu yang ditentukan oleh sistem undian teks pesanan ringkas sebanyak 50%. Antara anugerah yang diterimanya termasuk Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

  1. ^ Ramlah Zainal (20 April 2013). "Dayang pukau bos". Harian Metro. Dicapai pada 22 Julai 2021.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne