Delusi

Delusi (diakar kata kerja Latin deludo "mempermainkan; memperolok-olokkan; menipu"[1]) atau waham (Arab: وَهْم, rumi: wahm "sangkaan yang samar-samar" terbitan kata kerja وَهَمَwahama "menggambarkan...menyangka"[2]) ialah kepercayaan palsu yang dipegang dengan keyakinan yang kuat bahkan di hadapan bukti yang sebaliknya. Sebagai patologi, ia berbeza dari kepercayaan berdasarkan maklumat palsu, tidak lengkap, konfabulasi, dogma, ilusi, atau kesan lain yang mengelirukan dari persepsi.

Pemercayaan ini telah didapati berlaku dalam konteks banyak keadaan patologi (baik fizikal dan mental umum) dan mempunyai kepentingan diagnostik tertentu dalam gangguan psikotik termasuk skizofrenia, parafrenia, episod bipolar manik, dan kemurungan psikotik.

Pengungkapan wahm telah disebut-sebut dalam tulisan sejumlah filsuf baik Muslim atau bukan di Qurtubah dan Baghdad sejak abad ke-9 Masihi terutama dalam kaitan dengan pembahasan-pembahasan mengenai falsafah kejiwaan yang berakar pada budaya Yunani Kuno.[3]

  1. ^ "deludo". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 230.
  2. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 395. ISBN 967-65-7321-3.
  3. ^ Najātī, Muḥammad ʻUthmān; Saloom, Gazi (2002). Jiwa dalam pandangan para filosof muslim. Bandung: Pustaka Hidayah. OCLC 973237267.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne