Detektif Conan | |
![]() Logo rasmi siri anime. | |
Genre | Fiksyen detektif, Misteri |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Gosho Aoyama |
Ilustrasi | Gosho Aoyama |
Penerbit | Shogakukan |
Majalah Asal | Weekly Shonen Sunday |
Tarikh Pengeluaran | 2 Februari 1994 – kini |
Jilid | 106 (Senarai jilid) |
Manga | |
Edisi Khas | |
Pengarang | Gosho Aoyama |
Ilustrasi | Yamagishi Eiichi, Masaru Ohta, Kazuhiro Kubota |
Penerbit | Shogakukan |
Majalah Asal | Tentomushi Comics |
Tarikh Pengeluaran | 28 Januari 1997 – kini |
Jilid | 43 |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Kenji Kodama (#1-118) Masato Sato (#332-504) Koujin Ochi (#505-666) Yasuichiro Yamamoto (#119-332,667-kini) |
Penerbit | Michihiko Suwa |
Skrip/Penulis | Junichi Ioka |
Lagu/Muzik | Katsuo Ono |
Studio | TMS Entertainment / V1 Studio |
Penyiaran Asal | Yomiuri TV |
Tarikh tayangan | 8 Januari 1996 – kini |
Episod | 1154 |
Drama televisyen | |
Kudo Shinichi he no Chosenjo | |
Penerbit | Yoshinori Horiguchi (Chief) Shi Shirakawa Koki Endo Masako Kuraibu |
Skrip/Penulis | Takehiko Kanade |
Lagu/Muzik | Koji Endo |
Penyiaran Asal | Yomiuri TV |
Tarikh tayangan | 7 Julai 2011 – 29 September 2011 |
Episod | 13 |
Kerja-kerja berkaitan | |
Detective Conan (名探偵コナン , Meitantei Konan, Bahasa Melayu: Detektif Conan) atau versi Inggerisnya Case Closed (Kes Ditutup), ialah manga bergenre detektif karya mangaka Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Weekly Shōnen Sunday bermula pada 2 Februari 1994 dan telah menghasilkan lebih 100 jilid.
Siri anime ini dihasilkan oleh TMS Entertainment dan mula disiarkan di Yomiuri TV pada 8 Januari 1996, dan masih disiarkan hingga kini, dengan lebih 1,100 episod.
Sehingga kini, sebanyak 27 filem animasi telah dihasilkan daripada siri ini, termasuk yang terkini, "Detective Conan: The Million-dollar Pentagram", yang ditayangkan di pawagam Jepun pada 12 April 2024. Selain itu, siri ini juga menghasilkan filem istimewa "Lupin III vs Detective Conan The Movie" yang merupakan hasil kerjasama dengan Lupin III, yang ditayangkan di Jepun pada 7 Disember 2013.
Selain itu, terdapat 12 video animasi asal (OVA) dan 13 episod siri drama dengan watak manusia sebenar, Surat cabaran kepada Shinichi Kudo (工藤新一への挑戦状 , Kudō Shin'ichi e no Chōsenjō), yang mula disiarkan pada 7 Julai 2011 dan berakhir pada 29 September 2011.
Jilid kompilasi manga ini telah terjual lebih daripada 120 juta salinan di Jepun. Pada tahun 2001, manga ini dianugerahkan Anugerah Manga Shogakukan ke-46 dalam kategori Shonen. Adaptasi anime ini mendapat sambutan yang baik dan sering menduduki antara lima teratas dalam pemilihan Animage pada 1996 dan 2001.
Cerita ini mengisahkan pengembaraan Shinichi Kudo, detektif muda luar biasa yang secara tidak sengaja telah berubah menjadi kanak-kanak selepas diracuni oleh dua individu berbaju hitam.