Dewan Negara Malaysia | |
---|---|
Dewan Negara Malaysia, Parlimen Malaysia ke-14 | |
Jenis | |
Jenis | |
Tempoh menjawat | Dua tempoh = (1 Penggal, Tiga Tahun) |
Kepimpinan | |
Yang di-Pertua | Awang Bemee Awang Ali Basah, - sejak 22 Julai 2024 |
Timbalan Yang di-Pertua | |
Setiausaha | Muhd Sujairi Abdullah, Bebas sejak 22 Februari 2020 |
Struktur | |
Ahli | 70 Senator Kuorum: 23 Majoriti mudah: 36 Majoriti dua-per-tiga: 47 |
Jawatankuasa | 4
|
Tempat persidangan | |
www.parlimen.gov.my | |
sunting |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Dewan Negara (Tulisan Jawi: ديوان نڬارا) ialah senat bagi Persekutuan Malaysia, Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia.
Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat. Seramai 70 ahli Dewan Negara bergelar senator dimana hanya 26 daripada 70 yang dipiIih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan dan 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda. Dewan Negara mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar dalam soal suatu Rang Undang-undang yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Malaysia. Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memerlukan kelebihan suara majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga. Pindaan Perlembagaan Malaysia bukan sahaja mesti diluluskan oleh majoriti 2/3 di Dewan Rakyat sahaja tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3 di Dewan Negara yang berhak menggunakan kuasa vetonya jika Rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Malaysia itu ditolak. Kuasa veto yang dipunyai oleh Dewan Negara berkenaan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah diperuntukkan di bawah - Perkara 68(5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.