Dewan Undangan Negeri Sabah | |
---|---|
Lamin Koundangan Pogun Sabah Sabah State Legislative Assembly | |
Dewan ke-16 | |
Jenis | |
Jenis | Satu dewan |
Sejarah | |
Diasaskan | 25 September 1963 |
Kepimpinan | |
Yang di-Pertua Negeri | Juhar Mahiruddin sejak 1 Januari 2011 |
Speaker | Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya sejak 8 Oktober 2020 |
Timbalan Speaker | Ahmad Abdul Rahman sejak 7 Jun 2018 |
Timbalan Speaker | George Anthony Ginibun sejak 26 Jun 2018 |
Ketua Pembangkang | |
Setiausaha | Rafidah binti Maqbool Rahman |
Timbalan Setiausaha | Mohd Jayreh bin Jaya |
Struktur | |
Ahli | 73 dipilih dan maksimum 6 adun dilantik |
Kumpulan politik | (Setakat 25 Mei 2023[kemas kini]) Kerajaan (55): Keyakinan dan pembekalan (13):
Pembangkang (24):
|
Jawatankuasa |
|
Pilihan raya | |
Sistem pengundian | |
Pilihan raya terakhir | 26 September 2020 |
Tempat persidangan | |
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Likas, Kota Kinabalu | |
www | |
sunting |
Dewan Undangan Negeri Sabah (bahasa Kadazandusun: Lamin Koundangan Pogun Sabah) merupakan sebahagian badan perundangan Sabah, Malaysia, yang lain ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah. Dewan ini bermesyuarat di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas di ibu negeri Kota Kinabalu.
Badan perundangan satu dewan ini kini mempunyai 73 kerusi (tambahan 7 kerusi lagi dalam proses penyelidikan, dan 3 kerusi dalam permohonan) mewakili bahagian pilihan raya negeri yang dipilih melalui sistem pilihan raya pemenang undi terbanyak di seluruh negeri.
Seperti di peringkat persekutuan di Malaysia, Sabah menggunakan kerajaan berparlimen gaya Westminster, dalamnya para ahli dipilih ke dalam dewan undangan melalui pilihan raya umum, daripadanya Ketua Menteri dan kabinet dilantik berdasarkan sokongan majoriti. Ketua Menteri ialah ketua kerajaan negeri manakala Yang di-Pertua Negeri bertindak sebagai ketua negeri. Parti terbesar yang tidak membentuk kerajaan negeri dikenali sebagai pembangkang rasmi, pemimpinnya diiktiraf sebagai pemimpin pembangkang oleh speaker.
Para ahli dewan merujuk diri mereka sebagai "Ahli Dewan Undangan Negeri" (ADUN) dan kadangkala sebagai "ahli dewan negeri".
Dewan yang terkini dipilih pada 26 September 2020 merupakan Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16. Gabungan Rakyat Sabah yang dianggotai oleh 8 parti komponen rasmi iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti GAGASAN Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Baru) (USNO Baru), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) telah membentuk sebuah kerajaan negeri pada 26 September 2020.
Dewan ini dibentuk selepas Dewan penggal ke-15 telah dibubarkan pada 30 Julai 2020 oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin, yang mengakibatkan pilihan raya mengejut diadakan[2].