Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ديوان اوندڠن نڬري نڬري سمبيلن | |
---|---|
Jenis | |
Jenis | Satu dewan |
Dewan | Dewan Undangan Negeri |
Kepimpinan | |
Yang di-Pertuan Besar | Tuanku Muhriz sejak 29 Disember 2008 |
Yang Di-Pertua | |
Timbalan Yang Di-Pertua | Kosong |
Ketua Pembangkang | |
Setiausaha Dewan | Mohd Amin Ludin sejak 2013 |
Struktur | |
Ahli | 36 |
Kumpulan politik |
|
Tempoh penggal | sehingga 5 tahun |
17 / 36 | |
14 / 36 | |
5 / 36 | |
Pilihan raya | |
Sistem pengundian | |
Pilihan raya pertama | September 1955 |
Pilihan raya terakhir | Ogos 2023 |
Pilihan raya seterusnya | 2028 |
Penyempadanan semula | 2018 |
Tempat persidangan | |
Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan (Jawi: ديوان اوندڠن نڬري نڬري سمبيلن ) ialah badan perundangan negeri di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia dianggotai oleh 36 orang individu yang mewakili bahagian pilihan raya masing-masing yang dipanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil dan dikelola oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Selain 36 orang anggopta terpilih, DUN Negeri Sembilan turut dianggotai secara ex-officio oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang.
DUN Negeri Sembilan diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh seorang timbalan. Persidangannya diadakan di Bangunan Dewan Undangan Negeri yang bertempat di Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.