Dharma

Simbol Dharma Chakra dalam Agama Buddha

Dharma (Sanskrit |धर्म) ialah konsep utama dalam agama India iaitu Hindu, Buddha, Jainisme dan Sikh.[1] Istilah dharma sukar diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (atau bahasa Eropah yang lain). Umumnya, Dharma difahami sebagai tingkah laku yang selaras dengan "tertib dan adat" yang mengekalkan kehidupan ; "kebajikan", kebenaran atau "kewajipan agama dan moral". Antonim bagi dharma ialah adharma .

Konsep dharma telah digunakan dalam Veda (1500–500 SM), dan makna serta skop konsepnya telah berkembang selama beberapa milenium. Dalam agama Hindu, dharma menunjukkan tingkah laku yang dianggap selaras dengan Ṛta — "tertib dan adat" yang menjadikan kehidupan dan alam semesta wujud.[2] Ini termasuk tugas, hak, undang-undang, kelakuan, kebaikan dan "cara hidup yang betul". Dharma merupakan salah satu daripada Puruṣārtha .

Dalam agama Buddha, dharma disebut Dhamma, merujuk kepada ajaran Buddha . Dalam falsafah Buddha, dhamma/dharma juga merupakan istilah untuk fenomena.

Dharma dalam Jainisme merujuk kepada ajaran Tirthankara (Jina) dan badan doktrin yang berkaitan dengan penyucian dan transformasi moral manusia.

Dalam Sikhisme, dharma menunjukkan jalan kebenaran, amalan keagamaan yang betul, dan melaksanakan tugas moral sendiri.

Seperti komponen lain dalam Puruṣārtha, konsep dharma adalah pan-India. Teks Tamil purba Tirukkuṟaḷ, walaupun merupakan himpunan ajaran aforistik tentang dharma (aram), artha (porul), dan kama (inpam), sepenuhnya dan eksklusif berdasarkan aṟam —istilah Tamil untuk dharma.

  1. ^ https://www.britannica.com/topic/dharma-religious-concept
  2. ^ From the Oxford Dictionary of World Religions: "In Hinduism, dharma is a fundamental concept, referring to the order and custom which make life and a universe possible, and thus to the behaviours appropriate to the maintenance of that order."[8]

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne