Dialisis

Proses dialisis.
Mesin hemodialisis digunakan oleh pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang

Dialisis adalah suatu proses penyingkiran toksin, air dan pelarut berlebihan dari darah menggunakan mesin khas yang meggantikan peranan ginjal manusia yang tidak mampu berfungsi secara normal lagi. Dialisis diperlukan apabila ginjal tidak dapat lagi berfungsi dengan baik dan tahap kerosakan ginjal telah mencapai 85-90%. Secara amnya, lebih kurang 30-40% pesakit diabetes yang mempunyai penyakit buah pinggang akan mengalami kegagalan buah pinggang. Kebiasaannya ia mengambil masa selama 10 hingga 20 tahun dari masa penyakit diabetes itu bermula. Tetapi, jangka masa untuk buah pinggang gagal untuk berfungsi boleh dikatakan akan menjadi singkat jika terlambat membuat pengesahan mengenai penyakit diabetes yang dihidapi. Oleh itu, pemeriksaan kerap penting untuk mengesan penyakit diabetes seawal yang boleh dan ambil langkah-langkah pencegahan yang sebaik-baiknya.

Proses dialisis biasa dilakukan untuk membuang sisa-sisa metabolisma dan lebihan cecair agar tidak berkumpul di dalam tubuh serta menjaga tubuh badan supaya sentiasa berada dalam keadaan yang seimbang. Dialisis dapat dilakukan sama ada di hospital kerajaan atau swasta, pusat rawatan dialisis dan di rumah.

Teknik ini dikemukakan pada tahun 1943 oleh Dr. Willem Kolff, seorang doktor Belanda yang menghasilkan mesin dialisis terawal di dunia. Pada tahun 1861, seorang ahli kimia Thomas Graham telah mengaplikasikan proses dialisis, suatu proses yang digunakan untuk memisahkan partikel koloid dari ion terlarut atau molekul. Thomas Graham juga bertanggungjawab untuk mengembangkan Hukum Graham dan memisahkan partikel ke dalam dua kelas iaitu koloid dan kristaloid.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne