Diftong

Diftong (daripada Inggeris, daripada Yunani Kuno δίφθογγος (díphthongos), bermaksud "dua bunyi", daripada δίς (dís), bermaksud "dua kali", dan φθόγγος (phthóngos), bermaksud "bunyi"), juga dipanggil rangkap vokal, vokal geluncuran atau geluncuran vokal, ialah penggabungan dua bunyi vokal yang di sisi satu sama lain dalam suku kata yang sama.[1] Dari segi teknikalnya, diftong ialah vokal dengan dua sasaran: maksudnya lidah (dan/atau bahagian lain dalam organ pertuturan bergerak semasa vokal dibunyikan.

Diftong berlawanan dengan monoftong, yang mana lidah atau organ pertuturan lain tidak bergerak dan suku kata hanya mengandungi satu sahaja bunyi vokal. Contohnya, dalam bahasa Melayu, perkataan oh disebutkan sebagai monoftong (/oh/) sedangkan perkataan wau disebutkan sebagai diftong (/wɑu/). Apabila dua bunyi vokal hadir di samping satu sama lain dalam suku kata yang berbeza (contohnya dalam perkataan Melayu rai) hasilnya dipanggil hiatus, bukannya diftong.

Diftong sering terbentuk apabila vokal-vokal yang berasingan disebut tanpa henti dan terus-menerus semasa perbualan. Akan tetapi, ada juga diftong unitari/satuan, yang didengari oleh pendengar sebagai bunyi vokal tunggal (fonem).[2]

  1. ^ "diphthong". Merriam-Webster.com Dictionary.
  2. ^ "Definition of 'Diphthong'". SIL International. Dicapai pada 17 Januari 2008.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne